Hari ni hari yang agak malang buat diriku. Pagi tadi aku ada exam yang paling susah dalam sejarah pembelajaran ku di sini. OHhhh. sedihnya.

Pagi ni jugak ada Busstreik (bus strike) kat kawasan sini dan kawasan yang berdekatan. Nasib baik kawan aku bagitahu semalam.

Jadi pagi tadi aku kena keluar awal, pergi ke tempat taxi, takut2 taxi takde pulak nanti. Nasib baik jalan pon cuma tak sampai 15 minit ke tempat taxi tu. Tapi memang sejuknya yang amat. Sekarang ni pukul 7:30 pagi masih gelap gelita. Kena bayar €10 lah jugak nak ke universiti. Nasib baik pergi dengan kawan sorang lagi, boleh lah share2. Masa nak balik tu ternampak bas, jadi aku tanyalah drebar tu, ada bas ke hari ni. Dia cakap, hari ni cuma ada 3 bas, semua tu pon yang pergi Universiti saja. Mungkin sebab sekarang ada exam.

Jadi, balik tu, selamatlah duit kami € 10 sebab boleh naik bas walaupon bas tu  tak lah sampai ke rumah. Jalan 10 minit balik rumah lepas tu, kira oklah.

Kat sini memang tiap-tiap tahun ada bus strike sebab tak naik gaji kot. Memang teruk sangat keadaan kat sini bila ada strike macam tu. Habis banyak perkara yang tergendala sebab ramai yang guna train dan bas pergi ke tempat kerja, universiti dan sekolah. Dulu masa buat praktikal pon pernah jugak ada Bahn und Busstreik ni. Terus jadi alasan tak perlu pergi kerja ;)

Comments No Comments »

Sambungan dari Spain Part 3 (Cordoba)

Nak tau sejarah Andalusia, baca di sini

Dari Cordoba ke Seville, kami cuma tidur dalam kereta di tempat rehat. Masa tu memang sejuk yang amat walaupon tidur dalam sleeping bag.

Pagi tu bila  tu kami sampai di Sevilla,  terus kami cari tempat nak letak kereta. Sealunya bila pagi-pagi boleh jumpa la tempat parking tapi tak sangka pulak susah juga nak jumpa. Sevilla  ni bandar besar, mungkin sebab tu banyak betul kereta. Bila dah dapat park tu, kami mulakan operasi makan pagi. Makan pagi kami masa jalan-jalan senang je, roti dengan tuna, baked bean dan air. Itu jelah yang kami mampu makan bila jalan-jalan.

Bila dah cerah sikit, kami tinggalkan kereta, naik bas saja sebab bandar tu sangat besar dan susah pula kalau nak mencari-cari tempat parking nanti. Tiket bas kat Seville memang murah sangat, one way cuma 1€. Waktu nak beli tiket bas pon rasa kelakar sangat sebab  kami pon tak paham apa yang pakcik bas tu cakap, hentam ajalah.

Seville ni bandar moden, tak seperti Cordoba dan Granada yang banyak bangunan-bangunan lama. Sebenarnya kat Seville ni kami dah kurang mood nak jalan-jalan, biasalah tempat terakhir dan diri pon dah penat sangat masa tu. Kiranya main jalan saja. Sevilla pon tak sesejuk Cordoba dan Granada.

Mula-mula kami pergi Seville Cathedral. Cathedral ni dulu merupakan masjid pada zaman pemerintahan Umayyah Spain tapi biasalah bila orang kristian tawan Seville, masjid tu ditukar menjadi gereja. Hampir keseluruhannya ditukar dan bahagian yang masih kekal bentuknya adalah beberapa bahagian bumbung. Sebab nak masuk free, kami naik lah sampai atas.


Itulah bahagian atas cathedral. Lama dah aku tak naik bahagian atas cathedral. Cathedral yang mula-mula aku naik adalah Dome Köln. Yang tu memang penat sangat sebab tinggi, berpusing-pusing dan menakutkan . Masa nak turun tu lagi teruk, bila dah sampai bawah kaki terketar-ketar sebab penat dan takut. Cathedral yang kat Seville ni oklah sebab rendah.

Yang ini pulak pemandangan Sevilla dari atas Cathedral. Bangunan yang ada bulatan tu tempat Bullfighting (lembu lawan dengan manusia). Spain kan memang terkenal dengan perlawanan lembu tu. Kalau pergi mana-mana pon mesti ada poster Bullfighting. Mula-mula sayang teringin jugak nak tengok tapi masa tak sesuai dan harga tiket pon mahal. Jadi tengok bangunan sudahlah. :D

Pokok yang banyak-banyak tu adalah pokok limau. Kat Spain ni merata kita boleh jumpa pokok limau. Kat tepi-tepi jalan pon berlambak.

Masa kami jalan ke hulu ke hilir rasa jugak penat, bila tengok orang naik basikal, rasa teringin sangat nak naik basikal juga tapi susah betul nak cari basikal sewa tu. Bila kami jumpa basikal sewa tu, basikal pula yang takde. Laris betul. Kecewa betul tak dapat naik basikal. :-(

Kat atas tu bukan gambar yang ambil sendiri sebab bila nak pergi sewa mesti dah takde basikal. Akhirnya sampai sudah kami tak naik basikal pon.

Lepas tu lapar lah pulak, tak tau nak makan apa. Bila tinjau-tinjau kami sayang nak belikan Paella sebab itu makanan yang famous kat Spain. Kata sayang, rugilah kalau aku tak dapat merasa Paella ni. Paella ni yang aku tahu ada 2 jenis, dari nasi atau dari mee. Nasi untuk Paella ni memang kecik2, tak macam yang kita makan selalu tu. Mee tu pon kecik. Dapatlah aku merasa Paella mee dari seafood. Beli satu pinggan je, kongsi berdua, romantik gitu :-D  . (Padahal sebab mahal. hihihi)


Macam ni lah Paella kalau dari jenis nasi. Nampak sedap kan? Yang kami makan tu mee dan tidaklah semeriah dalam gambar tu.

Petang tu kami ke Istana Alcazar, jalan-jalan dalam tu. Best sebab rasa tenang je berada di taman dan jauh dari kesibukan bandar. Tapi jalan-jalan macam tu sajalah, gambar pon dah tak larat nak ambil sebab penat.

Lepas tu kami ambil kereta nak pergi makan malam, ingat nak makan Mc Donald tapi nak save bajet punya pasal, kami pergi cari roti dan tuna kat pasaraya. Tiba-tiba terjumpa pulak sambal sotong dalam tin. At last, banyak pulak makanan yang kami beli, dengan airnya lagi sedangkan tu hari terakhir. Kelakar pulak, kononnya nak jimat, sekali lagi banyak pulak beli.

Malam tu aku sakit mulut, ulser campur tak tahulah sakit apa. Memang sakit sangat-sangat2lah jadi sayang pon berhentilah parking tepi jalan, nak pergi shopping complex, cari ubat. Jumpalah juga ubat tu tapi mahal nya. Tak kisahlah, asal boleh lega. Sampai kat kereta, tengok2 ada orang parking double yang menyebabkan kereta kami memang tak boleh keluar. Satu tabiat orang Spain ni, mereka ni memang suka sangat parking ikut suka aja, maklumlah, tempat parking pon tak banyak. Kami tunggulah dalam kereta sampai 5 minit tapi takde orang datang pon nak alih kereta tu. Dok pikir-pikir nak buat macam mana, kami ingat, baik makan je dalam kereta tu bagi kenyang perut :D

Dah habis makan tu, masih takde lagi orang alihkan kereta, risau jugak ni, tak tau nak buat macam mana. Sekali kami dengar orang kat belakang tekan hon kuat2 sebab kereta dia takleh keluar jugak, ada orang parking double. Lepas tu nampaklah orang keluar dari pub, alihkan kereta tu. Beberapa minit lepas tu tuan punya kereta yang parking sebelah kami datang, bawak kereta dia pergi. Selamatlah kami, boleh bergerak. Rupanya memang kena buat macam tu, bunyikan hon kuat2

Sepanyol

Akhirnya kami pon bertolaklah ke Valencia yang sangat jauh tu sebab flight kami kat Valencia. Maklumlah, yang tukang plan ni tak tengok betul-betul betapa penatnya nak travel naik kereta ke Valencia tu. Kesian sayang. Kami berhenti-henti jugaklah untuk tidur. Dah pagi dalam pukul 4 lebih tu kami sampai airport, makanan yang kami beli tu banyak lagi. Pulun aku habiskan air sebab tak nak bazirkan macam tu aja. Kereta tu nasib baik boleh tinggalkan di airport.

Bila masuk airport tu, sementara check in desk buka, pulun kami makan roti dan sambal sotong tu sampai dah tak mampu nak makan. Itulah ikut sangat nafsu, beli banyak makanan kat supermarket.

Pagi tu kami berlepas lah dari Valencia ke Düsseldorf. Penatnya memang tak terkata tapi pengalaman yang menyeronokkan.

Selamat tinggal Andalusia. :)

Comments No Comments »

Klik sini untuk gambar lebih besar

Masih kurang orang-orang kat Malaysia yang mengamalkan konsep 3R ni.
Aku pon tidak mengamalkan sepenuhnya tetapi alhamdulillah ada perubahan berbanding dahulu.

Pada aku orang yang tidak mahu cuba untuk mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) ini hanyalah mementingkan diri sendiri dah tidak kisah apa yang akan berlaku di sekeliling.

Bagi mereka yang pernah tinggal di Jerman, Jepun, UK dan lain2 mungkin sudah biasa dengan amalan 3R ni, jadi harap-harap nanti bila pulang ke Malaysia, teruskan lah amalan tu walaupon kemudahan di Malaysia sangat kurang berbanding di Jerman, Jepun dan UK. Yang banyak kat Malaysia cuma iklan2 di TV yang kurang kesannya terhadap masyarakat.

Jadi, mulai hari ini, insyaAllah aku akan selitkan tips 3R dalam blog ni yang bersesuaian dengan situasi di Malaysia supaya yang lain-lain dapat idea macam mana nak amalkan 3R ni .

Kalau nak tahu amalan pengasingan sampah di Jerman, boleh teruskan bacaan di sini.

Comments No Comments »

Jong jong inai
Mak ipong waja wali
( 2X )

Jong jong inai
Mak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki
( 2X )

Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang
( 2X )

Jong jong inai
Mak ipong raja wali
( 2X )

Tadi tiba-tiba ternyanyi lagu ni. Mesti kita semua pernah nyanyi lagu ni, tapi tak paham pon maksud sebenar kan?

Aku pon tak tahu tapi ni lagu rakyat, mungkin juga lagu rakyat Terengganu sebab ada nasi dagang tu. Lagu rakyat ni kan liriknya dikarang berdasarkan keadaan tempat tu.

Ni nak cuba bagi maksud:

Jong jong inai

Jom-jom pakai inai. Kelakar lah pulak rasanya :) . Tak pon nama orang tu inai.

Mak ipong waja wali

Ibu kepada orang ipong?
Ataupon nama orang tu ipong dan ayahnya nama waja wali kot :) Macam2 lah

Ada juga yang nyanyi Mak ipong raja wali. Tak tahulah mana yang betul.

Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki

Tersepak tunggul pokok inai, sampai berdarah ibu kaki.
Tunggul pokok inai ni, walaupon kecil tapi sekali tersepak memang sakit dan sampai boleh berdarah jari kaki. Yang kena dulu mestilah ibu kaki, sebab ibu kaki yang paling di hadapan kan kan.

Kiranya pokok inai tu, daunnya kalau kita tumbuk, lepas tu kita letak kat jari memang cantik jadi jari kita. Nampak manis je. Tapi tunggul pokok tu, kalau tersepak, aduh memang sakit.

Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang

Sediakan satu besen
dan juga sediakan sepinggan nasi dagang?

Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang

Kalau pulut tak cukup, tambah je nasi dagang. Nasi dagang ni dibuat dari pulut juga. Maknanya kalau pulut yang kita masak tu tak cukup, boleh ganti dengan nasi dagang :)

Ada sesiapa yang nak cuba bagi makna ?
Lagu rakyat ni selalu ada makna tersirat dan ada pengajaran , cuma kita saja yang tak ambil tahu. Aku pon tak tahu makna tersirat nya :)

Comments 1 Comment »

  • Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.myHome & Garden BlogsHit Counter